
Tarikh: 14 November 2010
Tempat: Kantin Asrama, Villa Seri Cempaka
Selamat Tinggal Aspura
& Aspuri SMK Paka.
JUMPA LAGI TAHUN HADAPAN...
 |
| Tetamu jemputan mengambil tempat |
 |
| Ucapan Tuan Pengetua |
 |
| Penyampaian Sijil Penghargaan |
 |
| Penghuni ASPURA ceria dan gembira |
 |
| Penyampaian Anugerah |
|
|
Lagi gambar-gambar eksklusif, layari
Facebook SMK Paka
Tarikh:
15 November 2010
Tempat:
Dewan Seri Cempaka, SMK Paka
Pengisian Program:
Ucapan aluan
Bacaan doa
Ucapan Ketua Pengawas PSS
Ucapan Pengetua SMK Paka
Penyampaian Sijil Penghargaan
Cabutan bertuah
Jamuan makan
Meriah dan menepati matlamat penganjuran. Itulah yang dapat digambarkan apabila Majlis Secangkir Kasih selesai. Penat lelah Pengawas Pusat Sumber SMK Paka berbaloi apabila majlis yang dirancang berjalan dengan baik. Menurut Nur Zakiah bt Nazuki, Ketua Pengawas PSS SMK Paka, majlis ini dirancang bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dikalangan pengawas dan guru-guru serta melahirkan penghargaan kepada pengawas sepanjang menjalankan amanah sepanjang tahun. Syabas dan tahniah pengawas PSS SMK Paka di atas penganjurannya. Semestinya, pengawas PSS mempunyai kenangan manis majlis ini untuk dikongsi bersama rakan-rakan pelajar yang lain.
Majlis Redha Ilmu SPM & STPM 2010
Tarikh: 14 November 2010
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka
 |
| Ucapan Tuan Pengetua |
Majlis yang berlangsung dalam suasana yang penuh harapan daripada guru kepada calon SPM & STPM 2010 dapat dilihat apabila barisan pengurusan bersungguh-sungguh menekankan kecemerlangan ketika berucap. Selepas itu, acara bersalaman menjadi tanda simbolik kepada pelajar memohon restu daripada guru mereka. Pada ketika ini, ada guru dan pelajar tidak dapat menahan air mata daripada mengalir yang diselangi dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang diketuai oleh Ustaz Mohd Zuraihi Razali.
 |
| Tekun mendengar pesanan terakhir |
|
|
 |
| Mptivasi tambahan saat akhir |
 |
| Acara bersalaman guru dan pelajar menimbulkan suasana emosi. |
Majlis Guru dan Kakitangan SMK Paka telah menganjurkan jamuan akhir tahun kepada ahli-ahlinya sebagai simbolik kepada penutupan aktiviti bagi tahun 2010. Jamuan akhir tahun itu telah diadakan pada 11 November 2010 di Restoran Penyu. Pengerusi MGK, En. Rosli b Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang hadir dalam majlis itu dan berharap agar semua dapat mengambil peluang ini merapatkan ukhuwah di kalangan yang hadir. Rata-rata guru yang ditemui cukup berpuas hati dengan majlis yang diadakan dan berharap agar pengurusan MGK akan datang boleh menganjurkan majlis seumpama ini lagi.
 |
| Backdrop dan tayangan slaid turut menyerikan majlis tersebut |
 |
| Tuan Pengetua bersama 'ayahanda' PIBG, Tn. Hj Taha |
 |
| Tidak sabar menjamah makanan... |
 |
| Guru yang bertukar juga turut dijemput. |
*Layari
Facebook SMK Paka untuk melihat gambar menarik sekitar majlis.
Tarikh:
9 November 2010 (Selasa)
Tempat:
Dewan Seri Gemilang, SMK Paka
Tarikh: 8 November 2010
Tempat: Dewan Seri Cempaka, SMK Paka
Pengisian program: Ucapan aluan
Bacaan doa
Ucapan Ketua Pengawas
Ucapan GPK HEM
Penyampaian anugerah
Jamuan Makan
Siapakah Zaki Sadri? Kita imbas kembali petikan berita mengenai kejayaan tokoh sukan ini..
Zaki Sadri won 2 Gold Medals in the individual athletics events for the XIX SEA Games in Jakarta.
- Long Jump (g.r.)
- Triple Jump
Itulah kehebatannya di dalam sukan olahraga. Pada 8 November 2010. beliau telah datang ke SMK Paka bagi memberi pendedahan kepada atlet SMK Paka berkaitan teknik dan cara yang betul berkaitan olahraga. Klinik yang dijalankan selama sehari ini memberi input dan praktikal yang cukup berguna buat atlet sekolah dalam memburu kejuaraan pada masa akan datang.
Awas kepada sekolah-sekolah sekitar daerah Dungun.. Kalau sebelum ini Nazmizan Muhammad dan sekarang ini pula Zaki Sadri sudi memberi tunjuk ajar kepada atlet SMK Paka. Persoalannya, mampukah sekolah-sekolah sekitar daerah Dungun menandingi kehebatan atlet SMK Paka dalam sukan olahraga tahun hadapan?? Kita lihat hasilnya nanti.
 |
| Zaki Sadri menunjukkan teknik yang betul ketika sesi memanaskan badan |
* Dapatkan gambar yang menarik hanya di Facebook SMK Paka.
Seperti dijanjikan, kami siarkan gambar pemenang bagi
Pertandingan Mencipta Nota menggunakan P.Point dan
Pertandingan Wallpaper@Facebook anjuran Pusat Sumber Sekolah SMK Paka.

Wajah- wajah kegembiraan ketika menerima hadiah.
Seronok kan?
Johan Pertandingan Futsal SMK Paka 2010
Tarikh:
25 hingga 27 Oktober 2010
Tempat:
Padang SMK Paka
Pasukan yang bertanding
Se7en FC VIPER FC CCC
Infinity Soccer G.M FC VSC Soccer
dan pasukan jemputan tidak lain dan tidak bukan...
TEACHERS FC
Pertandingan ini dirancang oleh unit Sukan SMK Paka bagi memenuhi slot Program Selepas PMR. Alhamdulillah... penyertaan daripada peserta amat menggalakkan dan pemain-pemain telah menunjukkan persembahan dan permainan yang sihat. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang bertanding dan pasukan VSC Soccer telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Futsal SMK Paka. Kepada pasukan yang lain, cuba lagi pada tahun hadapan.
Keputusan penuh pertandingan:
Johan :
VSC Soccer
Naib Johan :
G.M. FC
Ke-3:
Infiniti Soccer
Ke-4:
Se7en FC
 |
| Johan Pertandingan Futsal, VSC Soccer |