PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH SMK PAKA
Tarikh: 30 September hingga 02 Oktober 2010
Tempat: Padang SMK Paka
Jumpa lagi tahun hadapan. Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah telah melabuhkan tirainya. Yang pastinya, banyak kenangan manis dan pengalaman berharga yang dikutip sepanjang 3 hari 2 malam perkhemahan berlangsung. Rata-rata peserta melahirkan perasaan seronok dan berharap agar perkhemahan ini akan diadakan dengan lebih kerap lagi.
Sayonara!
Majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Lahir Badan Pengawas SMK Paka
Tarikh: 29 September 2010
Tempat: Dewan Seri Cempaka SMK Paka
Aktiviti: Ucapan Ketua Pengawas
Ucapan GPK HEM
Penyampaian Hadiah Hari Lahir Guru dan Pengawas
Majlis Hari Raya
Sekalung ucapan tahniah diberikan kepada Badan Pengawas SMK Paka kerana telah berjaya menganjurkan majlis ini yang cukup santai tetapi meriah. Bertepatan dengan bulan Syawal dan sempena menyambut hari lahir pengawas yang terlibat, maka program seumpama ini wajar diteruskan pada tahun hadapan bagi memberi peluang para pengawas mengurus dan mentadbir sesuatu acara. Pengalaman mengurus acara sebegini akan mematangkan pengawas dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi.
Tarikh :
25 September 2010
Masa :
08.00 pagi - 2.00 petang
Tempat :
Bilik Mesyuarat dan Makmal Komputer SMK Paka
Pengisian Program :
Menghasilkan Laman Blog
Ceramah : Budaya Kerja Berpasukan
Tarikh :
23 September 2010
Masa :
6.30 petang
Tempat :
Surau al-Hidayah
Pengisian Program :
Pendaftaran ibu bapa/ penjaga
Solat Maghrib Berjemaah
Bacaan Yaasin
Solat Isya' Berjemaah
Solat Hajat
Zikir Munajat
Doa
Alhamdulillah...
Majlis berlangsung dengan jayanya. Para ibu bapa / penjaga dan guru bersama-sama pelajar PMR, SPM dan STPM memohon kecemerlangan di dalam pelajaran. Program ini dianjurkan oleh PIBG SMK Paka dan ini merupakan kali ke 3 penganjuran solat hajat kecemerlangan pada tahun ini.
Sorotan lensa Kamera:
 |
| Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga dan Pelajar |
 |
| Solat Berjemaah |
 |
| Pohon doa |
 |
| Imam jemputan bersama Tuan Pengetua |
 |
| Jamuan makan |
Tarikh: 23 Ramadhan 1431 H / 2 September 2010
Hari: Khamis
Masa: 8.00 pagi - 8.00 malam
Tempat: SMK Paka
TARIKH :
30 OGOS 2010 (ISNIN)
TEMPAT :
SUNGAI PAKA
ANJURAN :
JABATAN ALAM SEKITAR
 |
Peserta bergambar sebelum memulakan kajian.
|
 |
Alat penguji tahap pencemaran air.
|
 |
Mengambil sampel air sungai Paka yang hendak dikaji
Adakah tahap pencemaran Sungai Paka masih terkawal? Berapakah kadar kemasinan / PH di sungai Paka? Ingin mengetahui jawapannya, bolehlah merujuk terus kepada peserta terlibat. Kenal kan??? |