-
PERKHEMAHAN KADET BOMBA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2015
Walaupun x ramai yg menyumbangkan tenaga utk perkhemahan tahun ini tp
alhamdulilah seramai 3...
Minggu Matematik 2013
-
Alhamdulillah Minggu Matematik telah berjaya dilaksanakan....
Ahad, 14 April 2013 Perasmian telah dijalankan semasa perhimpunan pagi
Isnin, 15 April 2013 B...
Motivasi Luntur Tanpa Ada Usaha
-
Sebab paling utama *motivasi* Anda luntur adalah kerana tidak ada tindakan
menuju matlamat Anda. Motivasi akan muncul apabila Anda ada tindakan, ada
usaha,...
APRIL 2011
-
april datang lagi...
Alhamdulillah....kami masih lagi berada dalam suasana ceria,
gembira...sibuk walaupun kadang2 tu saja2 buat sibuk...
Minggu ni kami da...
TARIKH : 30 OGOS 2010 (ISNIN)
TEMPAT : SUNGAI PAKA
ANJURAN : JABATAN ALAM SEKITAR
Peserta bergambar sebelum memulakan kajian.
Alat penguji tahap pencemaran air.
Mengambil sampel air sungai Paka yang hendak dikaji
Adakah tahap pencemaran Sungai Paka masih terkawal? Berapakah kadar kemasinan / PH di sungai Paka? Ingin mengetahui jawapannya, bolehlah merujuk terus kepada peserta terlibat. Kenal kan???
Tema Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-53 pada tahun ini ialah 1Malaysia Menjana Transformasi.
Transformasi di sini membawa maksud berlakunya proses perubahan hasil inovasi yang bakal memberikan faedah kepada rakyat dan seterusnya melahirkan generasi yang berakhlak terpuji.
“Perubahan minda yang positif perlu ada ke arah pembinaan masyarakat dan negara yang dinamik."
Oleh itu, untuk menjayakan aspirasi kerajaan, kita perlu ada kesediaan serta keberanian untuk berubah ke tahap yang lebih baik.
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) masih lagi subur di hati para pelajar SMK Paka. Ini terbukti apabila pelajar berlumba-lumba berkunjung ke perpustakaan SMK Paka untuk membaca buku. Baru-baru ini, majlis penganugerahan pembaca terbanyak bagi bulan Mei dan Jun telah pun berlangsung. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Kamarudin bin Saman, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Paka.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Nurhayati Bt Harun (1 B) M. Firdaus Bin Nazman (2 C)
Nauli Sutra Samosir Bt Jamal (3 D)Nor Hafizah Bt Ahmad (4 A)
Sambutan berlangsung pada 10 Ogos 2010 bersamaan 29 Syaaban 1431H. Sambutan Ihya' Ramadhan ini berbentuk ceramah dengan mengharapkan semua pelajar dapat menjalani ibadat puasa dengan ilmu dan penghayatan. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Yusof Abd Razak dan Ustaz Jamaluddin Jusoh. Ceramah yang diselang seli dengan kuiz secara lisan membuatkan pelajar amat berminat dengan penyampaian yang disampaikan. Kita imbas program yang berlangsung..
Sebahagian pelajar menitiskan air mata tanda keinsafan...
Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.