-
PERKHEMAHAN KADET BOMBA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2015
Walaupun x ramai yg menyumbangkan tenaga utk perkhemahan tahun ini tp
alhamdulilah seramai 3...
Minggu Matematik 2013
-
Alhamdulillah Minggu Matematik telah berjaya dilaksanakan....
Ahad, 14 April 2013 Perasmian telah dijalankan semasa perhimpunan pagi
Isnin, 15 April 2013 B...
Motivasi Luntur Tanpa Ada Usaha
-
Sebab paling utama *motivasi* Anda luntur adalah kerana tidak ada tindakan
menuju matlamat Anda. Motivasi akan muncul apabila Anda ada tindakan, ada
usaha,...
APRIL 2011
-
april datang lagi...
Alhamdulillah....kami masih lagi berada dalam suasana ceria,
gembira...sibuk walaupun kadang2 tu saja2 buat sibuk...
Minggu ni kami da...
Kumpulan B : Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Semakan kemasukan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Elit Negeri Terengganu (SMK Mak Lagam dan SMK Lembah Bidong) boleh dibuat pada 16 Disember 2011 (Jumaat) mulai pukul 12.00 tengah hari di alamat http://www.moe.gov.my/jpnterengganu/semakt1
Video klip ini telah ditayangkan pada program Masyarakat Murni SMK Paka bersama APMT bersempenanMajlis Persaraan Pengetua SMK Paka di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.
Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga orang cikgu SMK Paka yang telah mendapat perkhabaran gembira apabila permohonan pertukarannya diluluskan. Kami warga SMK Paka mengucapakan terima kasih di atas sumbangan yang dilakukan dan mengharapkan agar mereka lebih sukses di tempat baru nanti.
Cikgu Yusmidah akan bertukar ke Perak
Cikgu Suzana mendapat pertukaran ke SMK Sultan Omar, Dungun
SMK Paka mendapat tempat ke 4 daerah Dungun di dalam Pertandingan Membangunkan Bahan Pembelajaran Kendiri menggunakan aplikasi Geometer's Sketch Pad Tahun 2011. Peserta membawa pulang trofi dan wang tunai RM100 beserta sijil penyertaan pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Tanjong Vista Hotel, Kuala Terengganu baru-baru ini.
Makluman kepada guru-guru yang telah mengisi permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari 2012 I e-GTukar 2012, keputusan permohonan anda boleh diketahui mulai hari ini (10 November 2011).
Sebelum ini, kad pelaporan latihan (kad biru) digunakan bagi mencatatkan segala butiran kursus/latihan yang telah dihadiri oleh guru, tetapi kini penggunaan eSPLG telah mula digunapakai ke semua Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah. (Sila baca Surat Perluasan SPLG ke semua PPD dan sekolah bertarikh 29 September 2011). Untuk makluman semua, projek rintis eSPLG telah dimulakan di 3 buah negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Pengenalan eSPLG
Sistem SPLG - Sistem Pengurusan Latihan Guru dibangunkan bagi merekod kursus yang dihadiri oleh guru dan kakitangan pendidikan dari bulan Januari 2011 sehingga Disember 2011.
Menerusi aplikasi ini diharapkan proses pengumpulan data dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, tepat dan efisien. Tarikh pengemaskinian hendaklah dilaksanakan sebelum/pada 30 November 2011 bagi memudahkan lagi proses penyediaan pelaporan.
Terdapat 2 bahagian penting di dalam eSPLG :
1. Modul Kumpulan
Diuruskan oleh Setiausaha/Penyelaras LADAP sekolah bagi memasukkan semua kursus/latihan yang telah dijalankan dari bulan Januari 2011 sehingga Disember 2011.
Pada masa kini modul i_splg (Modul Individu) ditutup sementara waktu. Namun begitu data dan maklumat Kehadiran Kursus Luar (KKL)/ Book Review (BR) guru-guru boleh di masukkan menerusi Login Penyelaras Sekolah.
Untuk mengetahui bagaimana Cara Memasukkan Maklumat Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan Book Review (BR) menerusi Login Penyelaras Sekolah, sila click link di bawah :
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan blogger Kaunseling SMK Paka kerana telah muncul bergaya menjadi johan pertandingan blog Kaunseling antara sekolah daerah Dungun. Kemenangan ini telah melayakkan pasukan Kaunseling CEMPAKA mewakili daerah Dungun ke Pertandingan Peringkat Negeri Terengganu pada minggu hadapan. Kita doakan kejayaan berterusan daripada pasukan ini.
Disertakan pautan blog Kaunseling CEMPAKA untuk ramai-ramai kita berkunjung ke sana. Jom....
Pertandingan ini anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Yayasan Kepimpinan Perdana (Ybut:KP) dan Kumpulan Karangkraf Sdn.Bhd yang berlangsung sekarang sehingga 07 November 2011.
Berikut disertakan maklumat berkaitan pertandingan tersebut:-
Yang mana satu pilihan kulit Majalah kegemaran anda? Undilah mengikut citarasa anda... Undian yang popular akan dipilih menjadi kulit Majalah CEMPAKA Edisi ke 4 tahun 2011.
*Komen dan pandangan membina sangat diperlukan bagi memantapkan persembahan Majalah CEMPAKA pada tahun ini.
Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.