MAKLUMAT KORPORAT

Sukan Hari Guru untuk semua guru SMK Paka

Ayuh kita semarakkan Hari Guru dengan ramai-ramai hadir untuk memberikan sokongan kepada guru-guru yang kita sayangi. Antara permainan yang telah dirancang sebelum bermulanya sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 16 Mei 2013 ini ialah:

  1. Badminton Guru Lelaki --- 13 Mei 2013, 2.30 petang, Dewan Seri Gemilang
  2. Bowling Guru Lelaki dan Wanita --- 14 Mei 2013, 2.30 petang, Mesra Mall
  3. Badminton Guru Wanita --- 15 Mei 2013, 2.30 petang, Dewan Seri Gemilang.

Kepada semua guru dan kakitangan SMK Paka, jika berminat dengan permainan di atas bolehlah menghubungi AJK Majlis Guru dan Kakitangan SMK Paka.

Siapa lagi yang hendak kita sokong jika bukan guru kita! SELAMAT HARI GURU

No comments:

Post a Comment