MAKLUMAT KORPORAT

Atlit olahraga kita hebat di MSST 2011

Atlit olahraga SMK Paka terus mengibarkan sayap kecemerlangan apabila seramai 15 orang telah mewakili Kontinjen Dungun dalam Kejohanan Olahraga MSS Terengganu Tahun 2011.
Secara keseluruhannya kontinjen Dungun telah memperolehi 7 pingat emas, 11 perak dan 11 gangsa. Daripada senarai pingat itu, atlit kita telah menggondol 3 emas dan 2 perak. Syabas di atas kejayaan ini. Warga SMK Paka amat bersyukur di atas kemenangan ini.
Berikut merupakan senarai atlit SMK Paka yang memperolehi pingat:
Pingat Emas
  1. Mohd Asyraf Hafiz B. Ismail - 5000 m jalan kaki
  2. Faiz Iqbal B. Entjep - Lontar Peluru (L 18)
  3. Mohd Zulhelmi B. Rosli - Lompat Tinggi
Pingat Perak
  1. Nurafiqah Bt. Zulkifli - Lempar Cakera (P 15)
  2. Nurul Suhada Bt. Ibrahim - 3000m Jalan Kaki

    No comments:

    Post a Comment