MAKLUMAT KORPORAT

Gotong Royong Mengecat Bangunan dengan Kerjasama PETRONAS

Tarikh: 28 Mac 2013
Masa: 8 pagi -2 petang
Tempat: Bangunan Blok A (Pejabat dan Bilik ERT)






Kembara Ke Pulau Redang berjaya

Pengawas PSS, Pembimbing Rakan Sebaya dan Kadet Polis
 mengharungi cabaran gelora laut di Pulau Redang

Nama Program:  Kembara Muda Kepimpinan Pelajar SMK Paka
Tarikh:  4 - 6 April 2013
Tempat:  Pulau Redang
Jumlah peserta:  80 orang





SMK Paka melahirkan 2 orang pelajar 'Straight A' SPM 2012

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Nur Balkhish Bt Jamal Abdul Nasir dan Hoo Rwi Chyi kerana memperoleh 'Straight A' di dalam peperiksaan SPM 2012. Kejayaan ini telah membuktikan yang SMK Paka bukan sahaja cemerlang di dalam ko-kurikulum malah bidang akademik juga. Berikut disenaraikan pelajar terbaik SPM 2012:
  1. NUR BALKHISH BT JAMAL ABDUL NASSER     5A+  3A  1A-
  2. HOO RWI CHYI     2A+  4A  4A-
  3. ONG JIE SHI     3A+  2A  3A-  2B+
  4. AHMAD IMRAN BIN KHAIRUNNAZARULLAH     2A+  1A  3A-  1B+  1B  1C+
  5. NOOR EMALIA BT RAMLI     3A  3A-  1B+  2B  1C+
  6. AMIRATUL ALIA BT MOHAMAD ZIN     1A+  1A  4A-  1B+  1C+  1D
  7. MOHD AFIQ FIRDAUS BIN RAZALI     3A  2A-  2B+  2B
  8. MUHAMMAD AZROL BIN ABD AZIZ     2A+  2A  1A-  2B+  2D
  9. AMIRAH HANUM BT MOHAMAD YUSRI     1A+  2A  2A-  1B+  1C+  2D
  10. ANIS BT AWI     3A  2A-  1C+  3D
Tahniah!

Kita Johan Daerah Kejohanan Bola Tampar MSS Dungun 2013

Tarikh pertandingan: 7, 8 dan 9 Mac 2013

Kecemerlangan diteruskan. SMK Paka mencatat sejarah tersendiri apabila muncul buat kali pertama apabila pasukan bola tampar perempuan muncul Johan dalam pertandingan Bola Tampar MSS Dungun di Gelanggang SMK Ketengah Jaya baru-baru ini.
      Pasukan SMK Paka telah menewaskan SM Sains pada perlawanan peringkat akhir yang berkesudahan 'straight set'. Kejayaan ini hasil usaha gigih pemain, guru dan lebih teristimewa kepada jurulatih 'Sir Roselim' yang tidak pernah jemu mendidik pemain. Tahniah diucapkan.