MAKLUMAT KORPORAT

Hari Pendaftaran Tingkatan Satu meriah

Tarikh: 1 Januari 2011
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Seri Gemilang

Aturcara majlis :
Ucapan pengerusi majlis
Bacaan Doa
Ucapan alu-aluan Tuan Pengetua
Taklimat oleh GPK HEM
Pendaftaran pelajar mengikut kelas
Belian barang keperluan di Koperasi SMK Paka
Pengambilan Buku Teks




*Lagi gambar menarik hanya di Facebook SMK Paka

Terengganu Sekolah Isnin

KUALA TERENGGANU: Sesi persekolahan di Terengganu bermula pada Isnin ini, lewat sehari daripada jadual asal pada 2 Januari, apabila kerajaan negeri semalam mengumumkan Ahad sebagai cuti umum.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Razali Daud, berkata ia berikutan Ahad adalah cuti ganti kepada cuti umum pada hari ini, sempena kejayaan Malaysia menjuarai Kejohanan Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam kelmarin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin mengisytiharkan Jumaat sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan itu.

Sumber: Berita Harian (31 Disember 2010)

Mesyuarat Guru Kali Pertama Sesi Persekolahan 2011

Mesyuarat Guru - 27 Disember 2010
Mesyuarat Kurikulum - 28 Disember 2010
Mesyuarat Hem dan Kokurikulum - 29 Disember 2010

En. Arrifin Bin Mohammad, Pengetua SMK Paka telah mempengerusikan ketiga-tiga mesyuarat tersebut yang bertempat di bilik mesyuarat SMK Paka. Mesyuarat telah berlangsung dengan jayanya dan semua guru menunjukkan kesungguhan untuk memulakan sesi persekolahan 2011. Slogan 'Excellence For All' menjadi kata-kata semangat dalam merancang dan melakukan sesuatu aktiviti.
'Excellence For All'
Semua guru tekun bermesyuarat

Dapatkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran KBSM

Khas untuk semua guru di Malaysia: Dapatkannya sekarang...  
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM
Bahasa dan Kesusasteraan Melayu
Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris
Matematik
Matematik Tambahan

Pendidikan Islam
Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Sejarah
Geografi