Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Sayonara

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH SMK PAKA

Tarikh: 30 September hingga 02 Oktober 2010
Tempat: Padang SMK Paka

Jumpa lagi tahun hadapan. Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah telah melabuhkan tirainya. Yang pastinya, banyak kenangan manis dan pengalaman berharga yang dikutip sepanjang 3 hari 2 malam perkhemahan berlangsung. Rata-rata peserta melahirkan perasaan seronok dan berharap agar perkhemahan ini akan diadakan dengan lebih kerap lagi. Sayonara!

Pakej 2 dalam 1 meriah

Majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Lahir Badan Pengawas SMK Paka

Tarikh: 29 September 2010
Tempat: Dewan Seri Cempaka SMK Paka
Aktiviti: Ucapan Ketua Pengawas
               Ucapan GPK HEM
               Penyampaian Hadiah Hari Lahir Guru dan Pengawas
               Majlis Hari Raya

Sekalung ucapan tahniah diberikan kepada Badan Pengawas SMK Paka kerana telah berjaya menganjurkan majlis ini yang cukup santai tetapi meriah. Bertepatan dengan bulan Syawal dan sempena menyambut hari lahir pengawas yang terlibat, maka program seumpama ini wajar diteruskan pada tahun hadapan bagi memberi peluang para pengawas mengurus dan mentadbir sesuatu acara. Pengalaman mengurus acara sebegini akan mematangkan pengawas dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi.

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP